Agoda.com melancarkan kadar-kadar hotel hangat untuk Computex Taipei 2012
SINGAPURA (2 Mei, 2012) – agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini melancarkan kadar-kadar istimewa di hotel-hotel Taipei terpilih untuk Computex Taipei 2012.
Berlangsung pada tahun ini dari 5 hingga 9 Jun, Computex Taipei merupakan salah satu pameran teknologi informasi dan komunikasi utama dunia dan yang terbesar di Asia. Diadakan di kompleks Pusat Dagangan Dunia Taipei, acara ini menarik para pembeli dan peserta pameran dari seluruh dunia dengan produk-produk ICT terbaru dan simposium-simposium berkaitan trend dan topik-topik industri. Acara pada tahun ini adalah yang terbesar, dengan jumlah keseluruhan 1,800 peserta pameran dan 5,300 gerai.
Tahun ini, tablet tetap menjadi tumpuan utama, dengan ultrabook-ultrabook, cloud computing, IT hijau, dan teknologi 3D juga dalam agenda. Smartphone juga akan ditonjolkan di area bertema ‘Handheld Plus’ dan, seperti selalunya, forum Microsoft, dijadualkan pada 6 Jun, dijanjikan sebagai salah satu acara yang paling diperkatakan di ekspo ini.
Computex Taipei 2012 akan dilangsungkan di lima lokasi berbeza di dalam Pusat Dagangan Dunia, dengan perkhidmatan ulang-alik percuma di antara lokasi-lokasi tersedia untuk para delegasi. Pusat Dagangan Dunia ini terletak di daerah cosmopolitan Xinyi dan mudah dilawati dengan pengangkutan awam: bas-bas ulang-alik bertolak dari stesen Bas/Keretapi Taipei atau para delegasi boleh berjalan kaki dari MRT Dewan Bandaraya Taipei.
Agoda.com telah mendapatkan kadar-kadar istimewa di hotel-hotel berikut di Taipei, sebahagiannya dengan kedudukan sempurna untuk menghadiri ekspo ini dan menjelajah bandaraya, sebahagian lagi direka untuk masa rehat yang mewah. Semua kadar sah sepanjang tempoh Computex Taipei 2012.
Tawaran-Tawaran Hotel Computex Taipei Agoda.com
Master Inn 4*
Pangsapuri servis moden dengan dapur kecil, terletak bersebelahan QSquare Mall, berdekatan kedai-kedai, restoran-restoran dan pengangkutan awam.
Dari RM 309 setiap malam. Tiada yuran pembatalan jika pembatalan dibuat 3 hari sebelum daftar-masuk.
Taipei Fullerton Hotel-East 4*
Lokasi Taipei Timur di laluan Nanjing Timur, mudah mendapatkan bas dan teksi. Pasar malam dan CP City Living Mall dalam jarak berjalan kaki.
Dari RM 379 setiap malam. Sah sehingga 30 Disember 2012.
Hotel sunyi dan selesa dengan akses terus kepada teksi, berhampiran restoran dan café. Kurang 10 minit berjalan kaki ke stesen MRT.
Dari RM 410 setiap malam. Diskaun 10%. Sah sehingga 30 Jun 2012.
Palais de Chine Hotel 5*
Hotel rekaan sofistikated dengan hiasan dalaman mewah dan WiFi percuma di tingkat-tingkat Eksekutif. Terletak bersambung dengan GSquare mall, bersebelahan Stesen Keretapi Utama Taipei.
Dari RM 609 setiap malam. Diskaun 15%. Sah sehingga 30 Disember 2012.
Hotel HD Palace 4*
Bilik-bilik yang luas, WiFi dalam bilik dan pemandangan Taipei 101 tersedia di hotel perniagaan di daerah Da-an ini. Ianya 10-minit berjalan kaki ke MRT dari sini.
Dari RM 297 setiap malam. Diskaun 25%. Sah sehingga 31 Disember 2012.
Terletak di Jalan Xinyi dengan akses terus kepada teksi dan dalam jarak berjalan kaki ke dua stesen MRT. Bilik-bilik yang luas, suratkhabar dan buah-buahan segar setiap hari.
Dari RM 327 setiap malam. Minimum 2 malam penginapan. Diskaun 10%. Sah sehingga 29 Disember 2012.
Tango Hotel Taipei Nan Shi 4*
Hotel moden bergaya dengan kelengkapan dari pereka dan pemandangan taman atau kaki langit bandaraya. Ketuhar gelombang mikro dan WiFi percuma di dalam bilik (Premium King ke atas), dan berdekatan stesen MRT.
Dari RM 401 setiap malam. Penginapan minimum 2 malam. Diskaun 20%. Sah sehingga 30 Jun 2012.
FX Hotel Taipei Nanjing East Rd. 4*
Hartanah rekaan anggun dengan bilik-bilik lengkap dan buffet sarapan yang pelbagai. Dalam 5 minit berjalan kaki dari stesen MRT Nanjing Timur dan berdekatan kedai-kedai dan restoran-restoran.
Dari RM 226 setiap malam. Diskaun 30%. Sah sehingga 30 Disember 2012.
The Ambassador Hotel Taipei 5*
Berdekatan pasar malam NingXie, dalam jarak berjalan kaki dari MRT dan dikelilingi kedai, café dan restoran. Soket elektrik antarabangsa dan kit bilik mandi disediakan.
Dari RM 471 setiap malam. Minimum penginapan 2 malam. Diskaun 30%. Sah sehingga 28 Disember 2012.
Grand View Resort Beitou 5* - KELUAR DARI BANDAR!
Terletak di bandar kolam air panas Beitou. Bilik-bilik mewah mempunyai onsen peribadi dalam bilik dan pemandangan hutan pergunungan. Lokasi terpencil, semuanya disediakan di lokasi.
Dari RM 1, 426 setiap malam. Minimum penginapan 2 malam. Diskaun 10%. Sah sehingga 31 Ogos 2012.
Untuk berita dan maklumat terkini, berhubung dengan Agoda.com menerusi www.facebook.com/agoda.