agoda.com memperkenalkan ciri-ciri tempahan hotel mesra keluarga

agoda.com mengumumkan ciri-ciri baru hebat yang menjadikan tempahan percutian keluarga lebih mudah dari biasa. SINGAPURA (29 Februari, 2012) – agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengumumkan ciri-ciri baru hebat yang menjadikan tempahan percutian keluarga lebih mudah dari biasa. Percutian keluarga mencipta memori-memori indah yang lekat di hati, baik bagi kanak-kanak mahupun dewasa, dan Agoda.com sekarang menjadikannya lebih ringkas untuk merancang percutian keluarga yang hebat. Dengan tawaran-tawaran tersedia di lebih daripada 170, 000 hotel menerusi Agoda.com.my,  ianya begitu menenangkan hati untuk mengetahui bahawa terdapat ciri-ciri laman berguna yang memudahkan pencarian tawaran nilai hebat di hotel-hotel yang sesuai. Agoda.com telah mendengar maklumbalas dari beratus-ratus ribu keluarga dan berikutan itu mmempertingkatkan kemudahan-kemudahan di laman webnya untuk memastikan ibu bapa dapat mencari destinasi keluarga yang sempurna  dengan hanya beberapa klik. Lebih daripada 300 Ribu ulasan dari keluarga-keluarga Agoda.com mempunyai lebih daripada 300 Ribu ulasan dari keluarga-keluarga dan lebih daripada 1.2 Juta ulasan secara keseluruhannya – semuanya ulasan-ulasan sahih dari para pengguna Agoda.com yang sebenar. Ibu-bapa yang mencari hotel hebat boleh menyisihkan ulasan-ulasan ini berdasarkan jenis pengembara untuk mencari hotel-hotel terbaik bagi mereka  sebagaimana dinilaikan para pengembara yang sependapat. Lebih daripada 35 Ribu hotel mesra-keluarga Untuk menapis pencarian mereka, para pelanggan boleh menanda kotak ‘Mesra Keluarga / Kanak-Kanak’ di bawah ‘Kemudahan-Kemudahan Hotel’, sama ada ia bermaksud kelab kanak-kanak, pusat penjagaan harian atau hidangan percuma untuk kanak-kanak. Dan sudah semestinya, cuti sekolah tidak akan sama tanpa bermain-main di kolam renang. Untuk melihat hanya hotel-hotel yang mempunyai kolam renang sahaja, para pelanggan boleh menanda kotak ‘Kolam Renang’ di bawah ‘Kemudahan-Kemudahan Hotel’. Polisi tempahan yang fleksibel Agoda.com memahami bahawa perancangan selalu berubah-ubah dengan keluarga, jadi tiada yuran pembatalan untuk kebanyakan daripada bilik-bilik kami. Banyak hotel juga memberikan pemulangan wang penuh untuk pembatalan penginapan. Pada masa yang sama, ibu bapa juga akan menjumpai kadar-kadar yang sangat rendah di Agoda.com.my tetapi tanpa pulangan wang. Jadi, sama ada keluarga-keluarga ini mencari nilai terbaik atau fleksibiliti maksimum, pasti ada hotel yang sesuai untuk mereka. Pengesahan Segera Pengesahan segera untuk semua tempahan memberikan ibu bapa ketenangan jiwa -  tidak perlu tertunggu-tunggu jawapan dari hotel, jadi semua keluarga boleh merebut kadar hebat sebaik sahaja mereka menjumpainya, dengan 100% kepastian. Kanak-Kanak Menginap Percuma Setiap hotel yang disenaraikan di Agoda.com mempunyai polisi mereka sendiri berkenaan kanak-kanak menginap percuma menggunakan katil sedia ada. Untuk mendapatkan maklumat ini, ibu bapa boleh mengembangkan bahagian ‘Polisi Hotel’ di setiap laman hotel untuk melihat polisi hotel terbabit berkaitan kanak-kanak dan had umur untuk penginapan percuma. Untuk tawaran terbaru dan berita terkini dari Agoda.com, berhubung di facebook.com/agoda.
Contact
Sakinah
Agoda