agoda.com menawarkan tawaran istimewa sempena pembukaan Equarius Hotel di Resorts World Sentosa

agoda.com mengumumkan tawaran istimewa sempena pembukaan dengan diskaun sehingga 30% di salah satu daripada dua hartanah mewah terbaru di Resorts World Sentosa, iaitu Equarius Hotel. SINGAPURA (29 Februari, 2012) – agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengumumkan tawaran istimewa sempena pembukaan dengan diskaun sehingga 30% di salah satu daripada dua hartanah mewah terbaru di Resorts World Sentosa, iaitu Equarius Hotel. Pulau Sentosa, tidak jauh dari depan pelabuhan Singapura, merupakan salah satu daripada resort percutian paling terkenal di Asia Tenggara. Dengan pantai, taman tema, pelbagai aktiviti mesra keluarga dan tempat penginapan yang sesuai untuk semua jenis pelancong, tidak hairanlah pulau kecil ini menarik lebih daripada lima juta pelawat setiap tahun. Resorts World Sentosa terdiri daripada enam resort berbeza: Hard Rock Hotel Singapura, Hotel Michael, Festive Hotel, Crockfords Tower untuk orang jemputan sahaja dan dua hartanah mewah terbaru: Beach Villas dan Equarius Hotel. Hard Rock Hotel Singapura baru-baru ini memenangi Gold Award untuk kategori Signature Deluxe Hotel dari Hospitality Asia Platinum Awards (HAPA), menyediakan servis cemerlang dan bilik bergaya. Hotel Michael menawarkan suasana butik anggun, dihias dengan berani sebagai penghormatan kepada arkitek Michael Graves, manakala Festive Hotel menawarkan hiasan dalaman yang ganjil dan bilik-bilik berwarna-warni yang direka penuh kreatif untuk kanak-kanak. Beach Villas, yang terletak di tepi pantai, menghadap latar langit Singapura yang mempesonakan, dan menawarkan para tetamu penginapan villa yang bergaya. Vila-vila terdiri daripada satu- hingga empat-bilik, dek berjemur yang luas, tab berdiri-bebas, taman persendirian dan ruang tamu yang luas. Butler persendirian disediakan untuk menjaga keperluan para tetamu. Equarius Hotel, yang berada di pinggir hutan hujan Sentosa yang subur, menawarkan bilik –bilik yang luas dengan peralatan mewah setiap satu dengan balkoni persendirian. Equarius Hotel mempunyai akses terus ke taman tema air yang bakal dibuka dan taman hidupan laut menjadikannya pilihan sempurna untuk pelancong dengan kanak-kanak bagi rancangan percutian keluarga yang menyeronokkan. Bermula sekarang hingga 31 Mac, 2012 Agoda.com menawarkan potongan 30% untuk kadar bilik di Equarius Hotel. Penjimatan ini akan bersambung pada 1 April hingga 30 Jun, 2012, dengan diskaun sehingga 20% menerusi Agoda.com.my. Semua tempahan yang dibuat melalui Agoda.com.my juga memberikan para pelanggan Mata Ganjaran bernilai 4-7% dari kos tempahan terbabit.  Equarius Hotel, Resorts World Sentosa – diskaun 30% sehingga 31 Mac, 2012. Untuk tawaran terbaru dan berita terkini dari Agoda.com, berhubung di facebook.com/agoda.
Contact
Sakinah Hassan
Agoda